Luar negara penting kepada KWSP

Jamin pulangan pendapatan lebih tinggi, kukuh

Berita Harian - - BISNES - Oleh Mahanum Abdul Aziz

Pelaburan luar negara penting bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam menjamin pulangan yang kukuh kepada pencarumnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif, berkata peluang untuk mendapatkan pulangan pendapatan yang tinggi adalah lebih besar dan meluas di luar negara berbanding pelaburan di pasaran tempatan yang agak terhad.

Beliau berkata, adalah tidak berhemah bagi pengurus dana persaraan itu jika hanya me numpukan pelaburan di satu tempat sahaja.

Lazimnya, pelaburan di luar negara memberikan pulangan yang baik dari segi keuntungan modal dan tukaran asing serta risiko yang kurang, sekali gus menepati profil risiko pulangan pelaburan, jelasnya.

“Nilai aset pelaburan KWSP adalah berjumlah AS$180 bilion atau kira­kira RM800 bilion. Kirakira AS$50 bilion atau 29 peratus daripada AS$180 bilion adalah nilai aset pelaburan luar negara,” katanya dalam satu temu bual bersama kumpulan media di bawah Media Prima Bhd di Petaling Jaya, semalam.

Sumbangan pelaburan luar negara

Mohamed Nasir berkata, sejak beberapa tahun lalu, sumbangan pelaburan luar negara kepada pendapatan KWSP sangat memberangsangkan.

Beliau berkata, pada 2015, aset pelaburan luar negara pengurus dana persaraan itu adalah sebanyak 25 peratus, tetapi sumbangan kepada pendapatannya adalah 48 peratus.

Pada 2016, beliau menjelas kan, aset pelaburan luar negara adalah 29 peratus, sementara

[ FOTO HIASAN]

Pelaburan di luar negara menjamin pulangan yang kukuh kepada pencarum KWSP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.