Elak kerja sambil lewa

Sokongan padu suami beri Stacy semangat kembali kukuhkan nama

Berita Harian - - POP - Oleh Fatin Farhana Ariffin

Mula mencipta nama hampir sedekad lalu, banyak pencapaian yang dilakar penyanyi yang membina platform tersendiri selepas muncul juara program realiti, musim keenam, Stacy atau nama lengkapnya, Ummu Syaikhah Stacy Anam.

Deretan kejayaan diciptanya, malah anak kelahiran Penampang, Sabah ini antara nama yang begitu sinonim di pentas Anugerah Juara Lagu selain cuba menembusi pasaran muzik Indonesia apabila bekerjasama dengan kumpulan Ungu menerusi dan Gila Lah! bersama Smash.

Lantas, ketika terpaksa memperlahankan kerjaya nyanyian apabila hamil dan melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Akim Ahmad, Stacy, 27, berkata, kerinduannya terhadap dunia seni suara tidak pernah bernoktah.

Mengakui kehidupannya kini lengkap dengan kehadiran Eshaal, Stacy yang turut memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan, Bella berkata, menjadi ibu membentuknya lebih matang dalam merencana perjalanan masa depan.

“Saya bersyukur di samping menguruskan anak, masih berkesempatan meneruskan minat dalam bidang nyanyian. Alhamdulillah, pengalaman menguruskan Bella dulu banyak membantu saya ketika membesarkan Eshaal.

“Tidak dinafikan, kehidupan saya tidak lagi sama seperti dulu tetapi semua itu dipermudahkan dengan bantuan suami yang sentiasa menyokong. Ia membuatkan saya semakin bersemangat untuk menge­ jar semula cita­cita,” katanya.

Mahu terus menyanyi

Stacy berkata, nyanyian adalah jiwanya membuatkan dia tidak pernah terfikir untuk meletakkan noktah selepas menjadi ibu. Memikirkan usianya yang masih muda, apatah lagi banyak keinginan yang belum dicapai membuatkan Stacy enggan melepaskan minatnya begitu saja.

Hampir setahun berehat untuk memberi fokus kepada keluarga dan cahaya mata yang dilahirkan pada 17 Februari lalu, Stacy kini kembali dengan terbaru ciptaan suaminya,

“Selagi masih ada jalan dan tiada halangan, saya akan terus menyanyi. Biarpun hampir setahun berehat, saya bersyukur kerana tidak pernah dilupakan. Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada Akim yang memahami minat saya.

“Begitu juga dengan pengurusan yang sentiasa bertolak ansur dan memahami tanggungjawab baharu saya. Mereka bersedia mengikut kesesuaian jadual saya sebelum melancarkan single baharu.

‘Sebagai isteri dan ibu bekerjaya, saya tidak gemar mencampur­adukkan antara urusan peribadi dan komitmen seni. Semua itu memerlukan masa dan perancangan rapi. Alhamdulillah, sekarang adalah masa terbaik untuk saya kembali aktif,” katanya.

Akademi Fantasia Berteman Sepi single Cakap Ke Tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.