Selesa bekerjasama dengan suami

Berita Harian - - POP -

mengenai Cakap Ke Tangan yang juga lagu kedua ciptaan Akim atau nama penanya, Hang Nadim yang dirakamkan selepas Romeo, Stacy berkata, dia gembira dapat bekerjasama dengan seseorang yang memahami dan mengenali dirinya.

“Mudah bekerja dengan Akim, bukan hanya kerana dia suami tetapi disebabkan keserasian yang terjalin antara kami berdua. Kami sudah saling memahami, jadi ia memudahkan kami untuk berbincang mencari hala tuju lagu.

“Akim juga sentiasa terbuka dalam menerima pandangan, membuatkan saya tidak kekok sepanjang di studio rakaman. Dia tidak cerewet dan sentiasa menggalakkan saya supaya memberi idea.

“Secara jujur, saya seronok sepanjang merakamkan lagu ini, malah berpuas hati kerana diberi ruang untuk melontarkan pendapat. Keterbukaan Akim membuatkan saya tidak kekok bekerja dengannya,” katanya.

Cakapketangan masih berpaksikan pop dansa, genre yang sinonim dengan jiwanya. Kongsi Stacy, merakamkan single rancak secara tidak langsung membantunya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal selepas melahirkan Eshaal, tujuh bulan lalu.

“Memandangkan saya baru melahirkan anak, lagu ini menjadi pembakar semangat untuk saya kembali ke bentuk badan asal. Saya mengambil inisiatif merakamkan lagu rancak untuk mendapatkan semula stamina dan berat badan ideal.

“Saya tidak memanjakan diri, sebaliknya berusaha keras mencapai apa yang saya impikan. Hanya apabila sudah benar-benar bersedia, baru saya selesa untuk kembali aktif,” katanya.

Tak sanggup ambil risiko

Memiliki nama kukuh, selain berpotensi untuk terus menyerlah, Stacy mengakui, segala keselesaan itu membuatkan dia berfikir berkali-kali apabila ada pihak mengusulkannya supaya menyertai program realiti terbaru, Akademi

Fantasia Megastar.

Stacy bagaimanapun, terpaksa melupakan keinginan segelintir pihak kerana akur masa membataskannya untuk memberikan komitmen penuh terhadap program itu.

“Saya tidak pernah anggap diri terbaik apabila enggan menyertai pertandingan itu. Ia memerlukan komitmen yang jitu, malah akan menyita sebahagian besar masa kerana saya harus memberikan fokus penuh untuk membuat persediaan.

“Saya tidak sanggup memperjudikan diri dan mengambil risiko kerana tidak suka bekerja sambil lewa. Ditambah kesibukan menguruskan keluarga, lebih baik saya tidak menyertainya. Lagipun, ketika ini fokus saya lebih kepada promosi single jadi, sukar untuk saya melakukan pelbagai tugas serentak,” katanya.

Menyambut baik program yang menyediakan platform untuk menggilap lagi bakat dalam bidang nyanyian, Stacy berkata, dia tetap akan menyokong 12 rakannya yang berjuang mencabar diri untuk dikenali sebagai penyanyi berkaliber.

“Saya juga membina nama menerusi AF, mana mungkin saya melupakan program yang memberikan saya platform untuk bertapak sebagai anak seni. Biarpun hanya menjadi penonton, saya tetap akan menyokong mereka.

“Secara peribadi, saya kagum melihat perkembangan positif yang ditampilkan kerana masingmasing sudah mempunyai pengalaman,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.