Variasi

Gelaran suami, bakal bapa ubah cara pemikiran dan pendekatan tangani sesuatu isu

Berita Harian - - POP - Oleh Hidayah Mohammad

Mhid_mohd@bh.com.my

eniti fasa baharu dalam kehidupan selepas lebih setahun bergelar suami banyak mematangkan Hafiz Suip. Andai dulu, fokusnya hanya berlegar kepada diri dan kerjaya, tanggungjawab sebagai suami dan bakal bapa mengubah cara serta pemikiran bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ketujuh itu.

Lebih lapan tahun menceburkan diri dalam bidang seni, Hafiz, 27, berkata, pernikahan dengan Nureffy Jasreel Abdullah pada Mei tahun lalu turut membuka matanya supaya lebih peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran.

Penyanyi yang popular dengan lagu itu bertekad untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan, terutama mengenai isu semasa sekali gus, memperlihatkan kematangan dan kewibawaannya sebagai insan seni.

“Dulu, saya agak ‘sombong’, malah tidak pernah ambil peduli isu semasa. Saya hanya memikirkan perancangan diri dan kerjaya, tanpa mengendahkan kehadiran bakat baharu. Bagi saya, semua itu tidak penting asalkan kehadiran saya masih diterima.

“Apabila ditawarkan

Masih Jelas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.