Masih rai 20 tahun Ungu

Berita Harian - - INFO TV -

itu, Enda pula menyifatkan Kuala Lumpur sudah seperti rumah kedua mereka kerana setiap kali kunjungan, Ungu pasti akan disambut peminat dengan tangan terbuka.

Kali terakhir kumpulan yang popular dengan lagu Demi Waktu itu membuat persembahan berskala mega ketika menjayakan Konsert Ungu Mozaik Tour 2015 di ibu kota, selain Sabah dan Sarawak.

Lebih istimewa, konsert anjuran Popcorn Studio Sdn Bhd itu bakal menyaksikan band yang kental dengan jalur pop rock itu berkongsi pentas dengan Afgan. Walaupun berpayung di bawah label yang sama, buat julung kali dua nama besar dalam industri muzik Indonesia ini digabungkan bagi memenuhi permintaan ramai.

Evolusi baharu

“Sememangnya kami melihat Afgan sebagai penyanyi yang bagus. Ada tarikan tersendiri dalam dirinya yang membuatkan pendengar terpaku setiap kali dia membawakan lagu.

“Apabila dimaklumkan penganjur mahu Ungu dan Afgan berkongsi pentas untuk konsert di Shah Alam, kenapa tidak kami terima? Bagi kami, ini juga evolusi yang harus dicuba.

“Mungkin ada yang menganggap genre dibawakan kami sedikit berbeza, tetapi bukankah di situ keunikannya? Apatah lagi, ini julung kali kami disatukan di Malaysia.

“Paling istimewa,

Ungu masih meraikan ulang tahun penubuhan kami yang ke-20. Tentu saja konsert itu nanti melakar sejarah manis buat peminat dan Ungu sendiri,” kata Enda lagi.

Tambahnya dalam nada teruja, berkemungkinan besar mereka bakal mempersembahkan single baharu iaitu Setengah Gila yang belum dilancarkan di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.