GETAH

Berita Harian - - BISNES -

Pasaran Getah Malaysia turun lagi semalam, berikutan petunjuk yang lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, termasuk ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, ringgit diniagakan pada 4.1900/1920 berbanding dolar AS berbanding 4.2040/2070 yang dicatatkan kelmarin.

Menurut seorang peniaga, penanda aras di niaga hadapan getah Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) meneruskan penyusutan hari ini, seiring dengan kemerosotan di niaga hadapan getah Shanghai selepas data pengeluaran China yang agak lemah daripada jangkaan yang dikeluarkan semalam, dan ini mempengaruhi pasaran getah tempatan.

“Selain itu, kebanyakan pasaran Asia telah didagangkan sederhana rendah hari ini sebagai reaksi kepada ujian peluru berpandu Korea Utara yang disasarkan ke arah timur,“katanya.

Tambahan pula, menurut peniaga itu, harga juga diseret ke bawah oleh kelemahan harga minyak mentah yang telah menyaksikan minyak mentah Brent turun sebanyak 0.07 peratus kepada AS$55.43 satu tong hari ini.

Pada waktu tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 berkurangan 18.5 kepada RM6.74 sekilogram dan lateks pukal menurun 15.5 sen kepada RM5.66 sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi gred tayar SMR 20 adalah 25 sen lebih rendah pada RM6.64 sekilogram dan lateks pukal mencatatkan kerugian sebanyak 12 sen kepada RM5.60 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.