SAWIT

Berita Harian - - BISNES -

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Sementara itu, Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata harga MSM yang rendah di pasaran tempatan turut disekat oleh jangkaan peningkatan bekalan yang dibuat oleh penganalisis industri pada satu persidangan minyak sawit di India, hari ini.

“Mereka menjangkakan berlakunya potensi lebihan bekalan (akan datang) sehingga awal tahun depan yang berkemungkinan menambah lagi tekanan terhadap harga MSM,” katanya.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM2,820 satu tan manakala rintangan segera pada RM2,900 satu tan,” katanya.

Sewaktu ditutup, kontrak bulan semesta September 2017 dan Oktober 2017 masing­masing susut RM7 kepada RM2,885 dan RM2,887 satu tan manakala November 2017 merosot RM6 kepada RM2,867 satu tan dan Disember 2017 turun RM5 kepada RM2,844 satu tan.

Bagaimanapun jumlah dagangan meningkat kepada 59,249 lot daripada 57,600 lot pada Rabu dan kepentingan terbuka berkurangan kepada 270,648 kontrak daripada 271,315 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, September Selatan menokok RM50 kepada RM2,900 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.