MINYAK MENTAH

Berita Harian - - BISNES -

Harga minyak mentah naik semalam dengan Brent ditutup pada paras tertinggi lima bulan.

Ia berikutan faktor kelemahan nilai dolar dan selepas beberapa laporan yang mengunjurkan pasaran berkemungkinan menerima kesan lanjut susulan peningkatan harga bahan api.

West Texas Intermediate buat seketika berjaya melepasi paras AS$50 satu tong untuk ditutup 59 sen atau 1.2 peratus lebih tinggi, pada AS$49.89 satu tong, paras penutup tertinggi sejak Julai 31.

Indeks penanda aras Brent menambah 31 sen, atau 0.6 peratus, untuk ditutup pada AS$55.47 satu tong, paras penutup tertinggi sejak 13 April.

Indeks dolar Amerika Syarikat (AS) turun 0.4 peratus berbanding beberapa mata wang utama, menjadikan minyak lebih murah bagi mereka yang memegangnya dalam mata wang asing. Minggu lalu indeks turun ke paras terendah sejak awal 2015.

Penanda aras minyak Laut Utara itu sudah menokok lebih AS$10 satu tong dalam tempoh tiga bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.