TIMAH

Berita Harian - - BISNES -

Harga timah di Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) ditutup tidak berubah untuk hari ketiga berturut­turut pada AS$20,750 satu tan ketika pembeli memilih untuk menunggu perkembangan baharu, kata peniaga.

Keadaan itu berlaku walaupun harga logam mencatat kenaikan sebanyak AS$20 di Bursa Logam London (LME) yang ditutup pada AS$20,540 satu tan.

Peniaga itu berkata harga di PTKL didominasi oleh belian dari Jepun dan seterusnya China, Korea Selatan, Taiwan, Bangladesh dan Pakistan.

Ketika dibuka, bidaan sebanyak 30 tan berbanding tawaran berjumlah 25 tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 25 tan daripada 23 tan pada Khamis.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME mencatatkan premium AS$210 satu tan hari ini berbanding AS$230 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.