Isu Korea Utara tak jejas pelabur

Berita Harian - - PORTFOLIO -

Saham Seoul, Tokyo dan Hong Kong menamatkan dagangan lebih tinggi semalam selepas pelabur menolak kebimbangan mengenai pelancaran peluru berpandu Korea Utara, sementara kebanyakan pasaran Asia berjaya mengatasi kerugian.

Tindakan Pyongyang melancarkan roket kedua ke atas Hokkaido, Jepun dalam tempoh kurang sebulan, sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ke atasnya adalah sebagai tindak balas ujian nuklearnya.

Penganalisis berkata, roket berkenaan dilancarkan ke jarak lebih jauh berbanding sebelum ini, sekali gus menambah kebimbangan berhubung keupayaan Korea Utara menyerang Amerika Syarikat (AS) dengan bom atom.

Laporan itu mewarnai pasaran serantau di mana ia menikmati semula keyakinan selepas jualan besar-besaran global yang dicetuskan oleh ujian nuklear yang menimbulkan kebimbangan konflik serantau.

Seoul melantun semula untuk berakhir 0.4 peratus sementara, won Korea kembali untuk berada pada 0.1 peratus lebih tinggi.

Tokyo mengekalkan kenaikannya, melonjak 0.5 peratus selepas yen melemah berbanding dolar susulan laporan kukuh inflasi AS.

Dolar secara ringkas mengatasi paras 111 yen untuk kali pertama sejak awal Ogos sebelum susut semula.

Hong Kong menokok 0.1 peratus namun, Shanghai turun 0.5 peratus, Singapura susut 0.2 peratus dan Sydney, 0.8 peratus lebih rendah.

Wellington dan Manila, masingmasing lebih rendah namun, Taipei pula menokok.

Pada sesi dagangan awal Eropah, London susut 0.3 peratus, sementara Paris dan Frankfurt, masingmasing susut 0.1 peratus.

[ FOTO AFP]

Pasaran Asia menamatkan dagangan lebih tinggi semalam dan berjaya mengatasi kerugian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.