Info

Berita Harian - - SIHAT -

Hormon Tumbesaran: Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di dalam otak untuk merangsang tumbesaran. Mempengaruhi perkembangan tulang, otot dan lemak tubuh.

Masalah tumbesaran menyebabkan: Halangan mencapai ketinggian dan berat normal.- kematangan seksual tidak normal dalam sesetengah kes. Kesan negatif ke atas kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak.

Punca kegagalan tumbesaran:

1. Kekurangan Hormon Pembesaran

Hormon Pembesaran yang rendah atau langsung tiada.

Boleh berlaku sejak lahir (kongenital) Kerosakan kelenjar pituitari akibat barah atau trauma akibat kecederaan (demam, jangkitan salur pernafasan atas).

Gejala:

Jisim lemak yang meningkat.

Pengurangan jisim otot. Ciri muka yang tidak matang.

Dahi yang ketara. Perkembangan pertengahan muka yang terbantut Pertumbuhan gigi yang lewat.

Lambat mencapai akil baligh.

2. Kecil untuk Usia

Gestasi (SGA):

Membabitkan kira-kira lima peratus daripada bayi baru lahir.

Berat badan atau ketinggian bayi jauh lebih rendah.

Semasa membesar, berisiko mengalami: i. Perubahan metabolisme ii. Masalah perkembangan saraf atau morbiditi perinatal.

3. Sindrom Turner:

Masalah genetik paling kerap berlaku ke atas kanak-kanak perempuan.

Membabitkan seorang daripada 2,500 bayi perempuan .

Ciri-ciri kelainan fizikal, tubuh yang rendah dan kegagalan ovari.

Rawatan:

Terapi hormon pertumbuhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.