Proses pengguguran janin ambil masa

Berita Harian - - SIHAT -

Kematian boleh disahkan menerusi imbasan skan dan perlu disahkan oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai perubatan.

Proses bersalin atau mengeluarkan bayi lazimnya dilakukan dengan induksi ubat rangsangan bersalin menerusi vagina pada masa yang diinginkan oleh pasangan.

Bayi tidak semestinya dikeluarkan pada hari sama kematian disahkan dan pengguguran boleh ditunda atas sebab ketidakstabilan emosi ibu.

Ini kerana proses bersalin memakan masa panjang dan kandungan masih di awal trimester menyebabkan rahim belum bersedia untuk bersalin.

Ibu perlu direhatkan dulu sekiranya kandungan tidak berjaya dikeluarkan dalam tempoh sehari selepas ubat rangsangan dimasukkan.

Ambil masa keluarkan bayi

“Sesetengah pesakit mengambil masa beberapa hari untuk mengeluarkan bayi dan mereka diminta pulang ke rumah sebelum diminta datang semula ke hospital seminggu kemudian.

“Ketika proses pengguguran dijalankan, darah ibu akan diperiksa secara berkala untuk melihat jangkitan kuman atau pendarahan ke atas ibu,” katanya.

Ubat penahan sakit diberi kepada ibu untuk mengurangkan kesakitan proses induksi.

Pembedahan mengeluarkan bayi sebolehnya dielakkan kerana ia berisiko termasuk rahim pecah pada kandungan seterusnya selain mengurangkan peluang mengandung lebih daripada tiga kali pada masa depan.

Sebagai contoh, sekiranya bayi dalam kandungan sebelum ini meninggal pada usia 40 minggu, risiko kematian boleh dielakkan pada kandungan seterusnya dengan mengeluarkan bayi lebih awal iaitu sekitar 38 minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.