Jaga lidah, tangan buat tuduhan dusta

Berita Harian - - AGAMA -

Abdullah bin Amru bin al‘as berkata, “Rasulullah SAW bersabda: Orang Islam adalah orang yang menyebabkan semua orang Islam lain selamat daripada lidah dan tangannya. Orang yang berhijrah pula adalah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Janganlah kita sengaja menyakiti hari saudara kita sama ada dengan perbuatan atau perkataan. Tidak dinafikan sekarang ini kita mudah terdedah dengan tingkah laku yang memang ditegah disebabkan perkembangan teknologi semakin canggih.

Dosa yang nyata

Tuduhan serta fitnah ibarat perkara yang bukan lagi mendatangkan dosa apabila maklumat tidak benar disebarkan secara meluas hingga ada kala mendatangkan kesan negatif kepada pihak yang menjadi mangsa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman tanpa sesuatu kesalahan yang mereka tidak buat, sesungguhnya mereka memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang nyata.” (Surah alAhzab, ayat 58)

Abdullah bin Amru bin al-‘as berkata, “Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang hendak selamat daripada api neraka dan masuk syurga, dia hendaklah mati dalam keadaan yakin kepada Allah SWT dan hari akhirat, serta berurusan cara baik dengan orang lain seperti yang dia harapkan orang lain berurusan cara baik dengannya.” (Riwayat Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.