Letupan tren gegar London

22 orang awam cedera, polis kaitkan sebagai insiden keganasan

Berita Harian - - DUNIA -

London

Smengesahkan punca kebakaran yang akan tertakluk kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Komando Antikeganasan Met,” kata polis London dalam satu kenyataan.

Pesuruhjaya Neil Basu, yang juga penyelenggara kanan polis antikeganasan nasional, mengisytiharkannya sebagai insiden keganasan, kata kenyataan itu.

Dirempuh, dipijak

Akhbar Metro melaporkan beberapa penumpang mengalami kecederaan di muka akibat ledakan itu manakala sebahagian yang lain cedera akibat dipijak dan dirempuh.

Satu gambar tular yang tidak disahkan di media sosial menunjukkan baldi putih dengan beg sejuk beku pasar raya di atas lantai satu daripada gerabak kereta api itu.

Baldi itu terbakar dan kelihatan wayar terkeluar dari bahagian atas.

“Saya duduk di bahagian belakang gerabak kedua. Tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat. Sebaik melihat ke atas saya nampak api di seluruh kereta api itu dan menuju ke arah saya,” kata Ola Fayankinnu, kepada Reuters.

Ramai orang dirempuh dan dipijak. Telefon, topi, beg bertaburan di semua tempat.

[FOTO REUTERS]

Barangan peribadi ditemui atas lantai kereta api bawah tanah di Barat London, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.