Remaja 14 tahun mengaku jadi dalang

Berita Harian - - DUNIA -

Marseille: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dituduh melakukan beberapa kebakaran, di sini, termasuk di sebuah stesen kereta api yang menyebabkan ribuan penumpang perkhidmatan itu terkandas.

Polis berjaya menahan remaja terbabit ketika dia melakukan perbuatan itu malam Selasa lalu di kawasan pinggir bandar Aubagne.

20 insiden kebakaran

Remaja itu kemudian mengaku bertanggungjawab terhadap 20 lagi insiden kebakaran di tenggara bandar Aubagne yang memusnahkan kawasan seluas 300 hektar.

Dalam satu kebakaran, 600 anggota bomba terpaksa dikerah untuk mengawal keadaan di Aubagne, yang menyebabkan 3,000 penumpang terjejas di stesen kereta api di Marseille, Nice dan Toulon.

Bagaimanapun, tiada kediaman musnah dalam semua kebakaran itu.

“Penilaian psikologi terhadap remaja itu mendapati dia menghidap masalah ‘teruja dengan api’,” kata pendakwa raya, Xavier Tarabeux kepada wartawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.