City tekad pintas United

Kecederaan Kompany jejas sasaran tarajui liga

Berita Harian - - SUKAN -

Pemain perancang, Kevin De Bruyne menganggap persaingan sengit yang berlaku dalam pasukan Manchester City ketika ini membolehkan mereka mengekalkan kualiti terbaik.

Pengurus City, Pep Guardiola mengetuai skuad The Citizens, kekal tanpa kalah dalam semua pertandingan musim ini dan berpeluang ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya memperoleh mata penuh pada kunjungan ke sini malam ini.

“Kami tahu sejauh mana kualiti yang kami ada. Semua orang sedar akan ada masa kami perlu berada di bangku simpanan untuk beberapa perlawanan sekiranya ada yang tidak mampu beraksi pada tahap sama.

“Ia situasi yang hebat untuk kelab. Kami mengharungi jadual padat dan pertandingan akan dilalui cukup sengit,” kata bintang antarabangsa Belgium itu.

Mane kena gantung

Bagaimanapun, kunjungan City ke Vicarage Road bertemu Watford City turut dihimpit dengan tahap kecergasan ketua pasukan, Vincent Kompany masih diragui susulan kecederaan pada betis.

Dalam pada itu, ketika pengurus pasukan, Jurgen Klopp menerapkan sistem penggiliran pemain, penjaga gol Liverpool, Loris Karius berkata beliau tidak masalah dengan Simon Mignolet.

Karius mengatasi Mignolet untuk berada dalam senarai utama ketika The Reds terikat 2-2 dengan Sevilla dalam saingan Liga Juara-juara.

Keputusan Klopp menukar penjaga gol menimbulkan sedikit kontroversi, namun Karius menegaskan beliau sedia memanfaatkan peluang untuk menarik perhatian pengurus.

Liverpool kehilangan khidmat Sadio Mane yang digantung tiga perlawanan, namun Philippe Coutinho dijangka membuat penampilan pertama dalam aksi EPL.

Sergio Aguero dijangka jadi sandaran Manchester City untuk merobek gawang Watford, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.