JDT pamer taring belasah MU

Berita Harian - - SUKAN - Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk mencipta kemenangan selesa 4-1 pada saingan suku akhir pertama berdepan Melaka United di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Pelawat jelas tidak menunggu lama untuk meledak jaringan pertama menerusi tolakan Mohamad Ghaddar pada minit ke7 untuk membuktikan mereka mampu berkuasa pada saingan terbabit.

Peluang terbaik buat MU menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-14, namun tandukan Jasmin Macenovic berjaya ditampan keluar penjaga gol Mohd Izham Tarmizi.

Cipta peluang

Pelawat lebih banyak menguasai permainan namun tuan rumah berjaya mencipta beberapa peluang menghasilkan jaringan tetapi Izham bertindak cemerlang menafikan ujian MU.

Kealpaan jentera pertahanan MU akhirnya sekali lagi terhukum selepas menambah gol kedua menerusi tandukan Mohd Ghaddar yang menerima hantaran lintang Mohd Fazly Mazlan pada minit ke-34 untuk selesa di depan disusuli tindakan Marko Simic menolak masuk hantaran G Puneswaran pada minit ke-45 meletakkan kedudukan 2-1 buat JDT.

Bagaimanapun, pertahanan tuan rumah bocor buat kali ketiga menerusi Ignacio Insa pada minit ke-68 sebelum kapten pasukan, Shafiq Rahim menolak masuk gol keempat pada minit ke-85 untuk memudahkan laluan mereka pada pusingan kedua di Larkin pada 24 September.

[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH]

Pemain JDT, Mohamad Ghaddar (kiri) meraikan jaringannya pada perlawanan suku akhir pertama, Piala Malaysia menentang MU di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.