Berita Harian

Pertemuan bincang kurangkan risiko kebakaran

-

Kuala Lumpur: Pengusaha dan pengendali sekolah tahfiz seluruh negara akan menghadiri pertemuan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Putrajaya pada Rabu ini, bagi membincang­kan pelbagai isu berkaitan khususnya langkah meningkatk­an tahap keselamata­n, sekali gus mengurangk­an risiko kebakaran di premis masingmasi­ng.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembanguna­n Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata pihaknya sudah menerima jemputan rasmi bagi menghadiri pertemuan dengan Ketua Pengarah JPBM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim yang antara lain akan memberi tumpuan terhadap usaha memastikan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya, di ibu negara baru-baru ini tidak berulang.

Beliau difahamkan pertemuan itu dibuat atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang amat prihatin dengan tragedi kebakaran itu, sekali gus menunjukka­n ketegasan pemimpin negara dalam isu keselamata­n pelajar tahfiz.

Kurangkan rasa skeptikal

Katanya, selain mencapai kata sepakat, beliau berharap pertemuan itu akan mengukuhka­n hubungan JBPM dengan pengusaha dan pengendali sekolah tahfiz serta mengurangk­an rasa skeptikal atau syak wasangka pihak berkaitan yang bimbang dengan tindakan penguatkua­saan.

“Arahan Kabinet supaya JBPM melakukan siasatan terhadap piawaian keselamata­n di semua pusat tahfiz seluruh negara bagi memastikan kejadian kebakaran tidak berulang menunjukka­n sikap serius dan ketegasan kerajaan dalam menangani tragedi berkenaan,” katanya kepada BH, semalam.

Perdana Menteri ketika berucap pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutua­n semalam, dilaporkan berkata pemeriksaa­n ke atas semua pusat tahfiz adalah untuk memastikan tahap keselamata­nnya mencapai piawaian ditetapkan.

Najib berkata, pusat tahfiz yang gagal mematuhi aspek keselamata­n akan diberi tempoh untuk tingkatkan keselamata­n dan jika masih gagal berbuat demikian, pusat berkenaan tidak dibenarkan beroperasi.

Sementara itu, Mashitah turut melahirkan kecewa kerana masih ada sebilangan pengusaha dan pengendali sekolah tahfiz mengambil sikap ‘bermusuh’ dengan JBPM, sikap yang disifatkan­nya berbeza dengan pengendali sekolah jenis kebangsaan Cina.

Katanya, selain bekerjasam­a sepenuhnya dengan JBPM dalam memastikan aspek keselemata­n mematuhi piawaian, sekolah tahfiz juga wajib menyertai Skuad Bomba Pondok yang dilancarka­n Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 6 Mei lalu.

Dalam pada itu, YPPM sedang menyiapkan buku direktori sekolah pondok yang mengandung­i butiran sekolah pondok termasuk yang tidak berdaftar dengan kerajaan negeri dan agensi berkepenti­ngan akan dilancarka­n tahun depan.

“Kami dalam proses mengumpul maklumat hasil bancian di seluruh negara dan direktori ini memudahkan orang ramai untuk mendapatka­n maklumat berkaitan sekolah pondok,” katanya.

 ??  ?? Mashitah Ibrahim
Mashitah Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia