Berita Harian

Myskills cungkil bakat terpendam pelajar

Guna pendekatan kenal pasti punca masalah, tawar latihan kemahiran

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Ada di antara golongan remaja sudah tidak berminat bersekolah seawal usia 14 tahun selepas terpengaru­h dengan rakan sebaya yang kemudian menyebabka­n mereka terjebak dengan gejala sosial, sekali gus mendatangk­an kemudarata­n terhadap komuniti setempat.

Keadaan itu diakui S Valan, 22, yang mengalami pengalaman sama lapan tahun lalu sebelum dia sedar bahawa aktiviti yang dilakukan bersama rakan sebayanya tidak memberi sebarang manfaat, malah akan menghancur­kan masa depannya.

Menceritak­an pengalaman­nya, Valan mengakui ketika berusia 14 tahun pada 2009, beliau sudah hilang minat untuk belajar di sekolah dan ingin mencari pekerjaan.

“Saya memang tidak minat belajar, malah saya akan cuba sedaya upaya untuk keluar daripada sekolah. Lebih teruk lagi, saya mudah terpengaru­h dengan rakan.

“Apa yang mereka buat, saya pun akan turut melakukann­ya. Saya selalu terbabit dalam pergaduhan tanpa mengira tempat. Jika saya dipanggil untuk datang, saya akan ‘turun’ untuk bergaduh,” katanya kepada media, baru-baru ini.

Yayasan Myskills antara rakan kongsi Yayasan Hasanah, sebuah yayasan berasaskan impak milik Khazanah Nasional Berhad.

Valan berkata, hidupnya mula berubah apabila Yayasan Myskills (Myskills) memujuknya untuk menyertai program latihan kemahiran bersama yayasan berkenaan.

Myskills tawar latihan

“Kali pertama Myskills berjumpa saya, mereka berusaha memasukkan saya ke sekolah semula, tetapi saya tidak berminat untuk belajar dan kemudian membuat keputusan keluar daripada sekolah itu.

“Myskills tidak berputus asa, malah menawarkan saya untuk mengikuti latihan kemahiran bersama mereka. Saya memang meminati bidang berkaitan elektrikal, jadi saya bersetuju menyertai program ditawarkan,” katanya.

Lebih membanggak­an, Valan berjaya menamatkan latihan kemahiran bersama Myskills dan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Beliau kemudian bekerja bersama sebuah syarikat di Labuan dan kini menjadi seorang ejen perubahan atau jurulatih di Myskills.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Myskills, G Devasharma berkata, Myskills mula ditubuhkan pada 3 Mac 2011 bertujuan mengubah gaya hidup remaja berusia 14 hingga 20 tahun khususnya mereka yang tidak menamatkan persekolah­an.

“Kita ingin memberi peluang kedua kepada mereka yang bermasalah ketika di sekolah, termasuk yang terjebak dengan gejala sosial. Usaha kita untuk memastikan remaja sebegini tidak mensia-siakan hidup mereka dengan menyertai kumpulan gengster.

“Myskills mengambil pendekatan mengenal pasti punca masalah dihadapi pelajar. Kebanyakan­nya mendedahka­n yang mereka tidak berminat untuk belajar di sekolah.

“Jadi, kita cuba mencungkil bakat yang terpendam dengan menawarkan latihan kemahiran seperti bidang elektrikal, teknologi maklumat, pemasangan paip dan automotif. Bagi pelajar perempuan pula, kita juga mempunyai latihan dalam bidang setiausaha korporat dan bakeri,” katanya.

638 pelajar dapat pekerjaan

Devasharma berkata, 638 pelajar sudah menamatkan latihan kemahiran bersama Myskills dan kini mereka berjaya mendapatka­n pekerjaan.

“Seramai 150 pelajar membabitka­n 120 lelaki dan 30 perempuan kini sedang mengikuti latihan kemahiran bersama Myskills. Mereka kini ditempatka­n di tiga asrama di Pelabuhan Klang, Selangor dan Dang Wangi serta Brickfield­s di Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, Yayasan Hasanah turut bekerjasam­a menawarkan kepakaran tenaga pekerja, selain bantuan kewangan bagi kebajikan pelajar.

“Myskills kini dalam usaha membesarka­n yayasan ini dengan mewujudkan pusat transforma­si belia di Kalumpang, Selangor yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun depan.

“Ia akan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan boleh menampung kapastiti sehingga 1,000 pelajar,” katanya.

Myskills tidak berputus asa, malah menawarkan saya untuk mengikuti latihan kemahiran bersama mereka. Saya memang meminati bidang berkaitan elektrikal, jadi saya bersetuju menyertai program ditawarkan” S Valan, Jurulatih Myskills

 ?? [FOTO YAZIT RAZALI/BH] ?? Tenaga pelatih, S Yoges (tiga dari kiri) memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada pelatih Myskills di Restoran De’devine Brickfield­s.
[FOTO YAZIT RAZALI/BH] Tenaga pelatih, S Yoges (tiga dari kiri) memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada pelatih Myskills di Restoran De’devine Brickfield­s.
 ??  ?? Devasharma menjelaska­n penubuhan Myskills bertujuan mengubah gaya hidup remaja berusia 14 hingga 20 tahun khususnya yang tidak menamatkan persekolah­an.
Devasharma menjelaska­n penubuhan Myskills bertujuan mengubah gaya hidup remaja berusia 14 hingga 20 tahun khususnya yang tidak menamatkan persekolah­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia