Berita Harian

Reman tujuh suspek disambung

Bantu polis lengkapkan kertas siasatan sebelum diserah kepada Pejabat Peguam Negara

- Oleh Nur Afiradina Arshad

Reman tujuh suspek kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di ibu negara, dilanjutka­n tujuh hari lagi sehingga 29 September ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata polis memohon lanjutan berkenaan kerana tempoh reman sebelum ini berakhir semalam.

Beliau berkata, sambung reman itu bertujuan membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan berhubung insiden berkenaan sebelum menyerahka­nnya kepada pejabat Peguam Negara.

Bantu siasatan

Perintah melanjutka­n reman dikeluarka­n Majistret Zubir Ali di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang di sini.

Semua suspek ditahan di lokap berkenaan sementara menunggu proses seterusnya.

Dalam kejadian awal pagi 14 September lalu itu, seramai 23 pelajar dan guru pusat tahfiz terkorban.

Berikutan itu, polis menahan tujuh suspek berusia antara 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia