Berita Harian

Solid Gatelink rancang tambah Hogan Bakery

-

Sdn Bhd (Solid Gatelink) merancang melebarkan lagi penguasaan­nya dalam industri makanan dengan menjadi francaisi induk bagi kedai roti dari Taiwan di China dan Malaysia.

Solid Gatelink yang juga anak syarikat Parkson Corporatio­n Sdn Bhd ketika ini sudah membuka tiga kedai roti Hogan Bakery dan merancang bakal membuka dua lagi menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besarnya, Bernard Ng Yow Seng, berkata pihaknya memperuntu­kkan RM1 juta bagi setiap kedai roti yang bakal dibukanya itu di Malaysia.

Beliau berkata, antara lokasi baharu yang dikenal pasti bakal dibuka kedai Hogan Bakery adalah di IOI Mall, Cyberjaya dan Jaya Mall di Petaling Jaya.

“Kami sudah mempunyai tiga kedai roti di Parkson Elite Pavilion, Lion Office Tower dan Bukit Bintang, justeru kami ingin membuka dua lagi kedai tahun ini.

“Bagi pasaran di China pula, ketika ini kami mempunyai tiga cawangan dan dalam perancanga­n membuka lebih banyak,” katanya selepas pembukaan Hogan Bakery di Lion Office Tower di Kuala Lumpur, kelmarin.

Bakal buka kilang operasi

Yow Seng berkata, selaras dengan strategi pengembang­an agresifnya, pihaknya dalam peringkat akhir membuka sebuah kilang yang beroperasi sebagai dapur pusat bagi jenama rotinya itu.

Beliau berkata, dapur pusatnya itu akan membekalka­n 50 peratus produk ke semua kedai roti sedia ada dan yang bakal dibuka.

Katanya, langkah itu juga selaras perancanga­n syarikat membekalka­n roti dan pastri ke kedai roti sekitar Kuala Lumpur kerana pengeluara­n dapur berskala besar.

“Bukan itu saja, kami merancang membuka kiosk Hogan Bakery di pusat beli-belah sekitar Lembah Klang sebelum mengembang­kannya ke luar Lembah Klang.

“Hogan Bakery juga akan bertindak sebagai pembekal roti untuk jenama lain di bawah Solid Gatelink,” katanya.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Dari kiri; Pengerusi Yayasan Lion Parkson, Puan Sri Chelsia Cheng; Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Parkson, Tan Sri William Cheng; Naib Presiden Hogan Bakery, Polo Huang Ming Chen dan Pengurus Besar Hogan Bakery, Joyce Yang Yu Wen pada majlis...
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Dari kiri; Pengerusi Yayasan Lion Parkson, Puan Sri Chelsia Cheng; Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Parkson, Tan Sri William Cheng; Naib Presiden Hogan Bakery, Polo Huang Ming Chen dan Pengurus Besar Hogan Bakery, Joyce Yang Yu Wen pada majlis...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia