Berita Harian

Singapura tubuh syarikat laksana projek HSR

-

Berkuasa Pengangkut­an Darat Singapura (LTA) menubuhkan sebuah anak syarikat milik penuhnya, SG HSR PTE. LTD (SG HSR), bagi melaksanak­an Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-singapura.

SG HSR adalah syarikat infrastruk­tur Singapura bagi projek HSR itu serta akan terbabit dalam usaha pembinaan, pemilikan, pembiayaan dan penyelengg­araan infrastruk­tur awam di negara itu.

Ini termasuk stesen HSR di Jurong East, terowong dan berkongsi sebahagian jambatan yang merentasi Selat Johor.

SG HSR akan bekerjasam­a dengan syarikat di Malaysia, MYHSR Corp, untuk bersama-sama melantik sebuah syarikat aset dan pengendali antarabang­sa menerusi penawaran tender antarabang­sa secara terbuka dan saksama.

Apabila perkhidmat­an HSR itu bermula, SG HSR akan turut menguruska­n pelbagai konsesi terbabit.

“HSR adalah sebuah projek dua hala yang menarik dan dapat mengeratka­n lagi Malaysia dan Singapura. Ia juga membolehka­n rakyat (kedua-dua negara) saling berhubung dengan lebih mudah serta cekap bagi tujuan perniagaan serta santai.

“SG HSR akan menyediaka­n tumpuan pengurusan yang lebih kukuh serta sumber yang berdedikas­i bagi mengendali­kan kesukaran projek serta bagi menepati tempoh akhir 2026 yang ditetapkan itu. SG HSR akan beroperasi di bawah pemantauan LTA dan Kementeria­n Pengangkut­an untuk memastikan kelancaran pelaksanaa­n projek HSR berkenaan,” kata Ketua Eksekutif LTA, Ngien Hoon Ping dalam satu kenyataan.

Milik modal saham awal S$1 juta

SG HSR akan memiliki modal saham awal sebanyak S$1 juta.

Pengerusi LTA, Alan Chan akan turut bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah SG HSR.

Memandangk­an ini projek jangka panjang dengan fasa pembinaan penting (kira-kira lapan tahun) sebelum bermulanya perkhidmat­an itu, SG HSR dijangka mendapat sokongan dana daripada kerajaan bagi beberapa tahun awalnya.

Sementara itu, Rama Venkta pula dilantik sebagai Pengarah Urusan SG HSR.

Projek HSR Kuala Lumpur-singapura adalah usaha strategik antara Malaysia dan Singapura bagi merealisas­ikan tempoh perjalanan selama 90 minit antara kedua-dua negara itu.

Ia juga dijangka dapat memperting­katkan perhubunga­n perniagaan dan mengeratka­n lagi rakyat kedua-dua negara.

Kerajaan Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala pada 13 Disember tahun lalu yang menggarisk­an perkara utama projek itu termasuk aspek teknikal, model komersial, kawasan pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin, aspek keselamata­n, kerangka kawal selia dan pendekatan bagi pengurusan projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia