Berita Harian

PPUKM bakal jadi pusat kajian

-

Pada majlis sama, UKM turut menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) dengan Toshiba.

Kerjasama kedua-dua pihak itu bertujuan menjadikan PPUKM sebagai pusat kajian penyelidik termasuk dari seluruh negara untuk menjalanka­n kajian berimpak tinggi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Radiologi HCTM PPUKM, Prof Dr Hamzaini Abdul Hamid, berkata Aquilion One memiliki keupayaan mengesan sebanyak 16 sentimeter kawasan otak, jantung, usus dan paru-paru dalam satu pusingan.

Kurang radiasi

Inovasi imbasan itu kata beliau berupaya menghasilk­an imej 2-Dimensi dan 3-Dimensi dengan potongan keratan senipis 0.5 mm selain kadar radiasi lebih rendah iaitu kurang 40 peratus daripada biasa.

“Pendedahan kepada radiasi perlu dikurangka­n kerana dikhuatiri kesannya boleh menyebabka­n kanak-kanak terdedah kepada risiko mutasi terhadap sel,” katanya.

 ?? [ FOTO SAIFULIZAN TAMADI/BH ] ?? Dr. Ibrahim merasmikan Unit & Mesin CT Scan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (Pusat Perubatan UKM).
[ FOTO SAIFULIZAN TAMADI/BH ] Dr. Ibrahim merasmikan Unit & Mesin CT Scan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (Pusat Perubatan UKM).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia