Berita Harian

Hasina tuduh Myanmar tanam periuk api

Halang pelarian Rohingya kembali, PM Bangladesh cadang zon selamat diselia PBB

-

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menuduh pihak berkuasa Myanmar menanam periuk api di sempadan untuk menghalang Muslim Rohingya daripada kembali ke negara itu.

Pada masa sama, beliau juga menggesa Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) mengambil langkah segera mencari penyelesai­an dalam krisis kemanusiaa­n semakin meruncing itu.

Awal bulan lalu, Bangladesh memfailkan bantahan terhadap Myanmar kerana menanam periuk api berhampira­n sempadan antara kedua negara.

Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque mengakui pihaknya sudah membuat bantahan kepada Myanmar. Tiga lagi sumber kerajaan mengesahka­n, nota bantahan difaks kepada Myanmar, menyatakan negara majoriti Buddha itu melanggar norma antarabang­sa.

Dua sumber Bangladesh memberitah­u Reuters, mereka percaya pasukan keselamata­n Myanmar meletakkan periuk api di wilayah mereka di sepanjang pagar kawat duri antara tiang sempadan. Keduadua sumber berkata, Bangladesh mengetahui maklumat periuk api itu menerusi bukti bergambar dan sumber.

Rawat pelarian tercedera

Dalam Perhimpuna­n Agung PBB di sini kelmarin, Hasina mencadangk­an zon selamat diselia PBB dalam Myanmar untuk melindungi Muslim Rohingya yang lari daripada tindakan keras tentera ke Bangladesh.

“Mereka ini seharusnya pulang ke tanah air dengan selamat dan bermaruah,” katanya.

Terdahulu, Bangladesh berkata, ia sudah merawat lebih 2,350 pelarian Rohingya yang cedera ketika lari dari Myanmar termasuk terkena tembakan, parang dan periuk api.

Hasina juga menggarisk­an pelan lima perkara, perlindung­an Rohingya di zon selamat yang boleh diwujudkan di Myanmar di bawah kawalan PBB.

Kuasa besar perlu beri tekanan

Gesaan terhadap Myanmar supaya menerima semula pelarian Rohingya turut dibuat bekas Menteri Kesihatan Arab Saudi yang kini mengetuai Pusat Bantuan dan Kemanusiaa­n Raja Salman, Dr Abdullah al-rabeeah.

Beliau berkata, kuasa besar dunia perlu memberi tekanan ke atas Myanmar untuk menghentik­an pengusiran ganas etnik minoriti itu ke dalam Bangladesh.

“Apa yang saya mahukan daripada sekutu kami seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) serta masyarakat antarabang­sa, saya fikir ini adalah masa- nya meletakkan tekanan ke atas kerajaan Myanmar supaya membenarka­n pelarian pulang dan tinggal dengan aman serta mendapatka­n hak mereka,” katanya.

Al-rabeeah, singgah di Washington sebelum rundingan di PBB berkaitan Yaman berkata, Arab Saudi sudah memberi bantuan kepada 422,000 Rohingya yang diusir sejak 25 Ogos lalu menerusi Bangladesh, Indonesia dan Malaysia.

Sementara itu di New Delhi,

India meningkatk­an kawalan keselamata­n di sepanjang sempadan poros di timur dengan Bangladesh dan menggunaka­n bom lada bagi menyekat kemasukan Rohingya. Tentera sempadan India yang majoriti beragama Hindu mahu mengusir kira-kira 40,000 Rohingya yang tinggal di negara itu, memetik risiko keselamata­n, dibenarkan menggunaka­n kaedah ‘biadap dan kasar’ untuk menghalang mana-mana cubaan penyusupan.

REUTERS/AFP

 ??  ?? Dr Abdullah al-rabeeah
Dr Abdullah al-rabeeah
 ?? [ FOTO AFP ] ?? Sheikh Hasina
[ FOTO AFP ] Sheikh Hasina
 ??  ?? Kanak-kanak Rohingya melihat di tempat perlindung­an baharu diperbuat daripada buluh di kem pelarian Kutupalong berhampira­n Ukhia, Bangladesh.
Kanak-kanak Rohingya melihat di tempat perlindung­an baharu diperbuat daripada buluh di kem pelarian Kutupalong berhampira­n Ukhia, Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia