Berita Harian

Sanjay kembali berlakon selepas keluar penjara

-

Mumbai: Aktor Bollywood, Sanjay Dutt kembali ke layar perak India semalam menerusi filem pertamanya sejak dibebaskan daripada penjara.

Dutt, 58, disabitkan atas kesalahan memiliki senjata dibekalkan samseng bertanggun­g jawab dalam letupan bom di Mumbai pada 1993.

Aktor itu memegang watak seorang ayah yang mahu membalas dendam, selepas anaknya dirogol beramai-ramai dalam filem aksi Hindi ‘Bhoomi’, arahan Omung Kumar.

Beliau dibebaskan dari penjara pada 2016 dan kali terakhir berlakon pada 2014. Promoter yang mempromosi filem itu mengiklank­an poster dalam media sosial menulis: ‘Haiwan ganas sudah kembali.’

“Saya teruja untuk menonton Bhoomi. Saya pasti ia filem hebat,” kata seorang peminat, Sandeep Bachche yang memiliki tatu muka Dutt di tangan kirinya.

Gemar lakon aksi lagak ngeri

Bachche berkata, dia sudah membuat tempahan tiket untuk menonton tiga tayangan berturut turut pada hari pertama.

Dutt menjadi popular pada pertengaha­n 1980-an dalam siri filem aksi, menyaksika­n beliau sendiri melakonkan aksi lagak ngeri hingga meraih nama timangan “Dutt maut”.

Beliau terkenal dengan watak penjahat berhati emas dalam siri popular ‘Munna Bhai’. Pengulas filem memberi maklum balas ‘suam-suam kuku’ terhadap Bhoomi namun memuji prestasi Dutt.

“Tonton Bhoomi untuk Dutt. Beliau berasal daripada era wira sebenar yang membuatkan anda masih bersiul walaupun sedang membunuh orang,” kata ulasan dalam akhbar Times of India.

 ??  ?? Akhbar Times of India Sanjay Dutt dibebaskan sejak dari penjara 2016 dan kali terakhir berlakon pada 2014.
Akhbar Times of India Sanjay Dutt dibebaskan sejak dari penjara 2016 dan kali terakhir berlakon pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia