Berita Harian

‘Neymar-cavani ok sahaja’

Unai anggap situasi normal, tak ganggu harmoni pasukan

-

Pengendali Paris Saint-germain (PSG), Unai Emery mengakui wujud ketegangan di bilik persalinan di Parc des Princes susulan pertikaian membabitka­n Neymar dan Edinson Cavani ketika menentang Lyon, minggu lalu.

Begitupun tegasnya, perbalahan yang berlaku susulan pertikaian siapa yang sepatutnya bertanggun­gjawab mengambil sepakan penalti membabitka­n dua bintang itu adalah sesuatu yang normal.

“Mereka berdua adalah pemain yang amat kompetitif. Pertama sekali, mereka mahukan yang terbaik untuk pasukan, namun mereka juga mempunyai objektif individu,” kata Emery.

“Saya menegaskan, suasana dalam skuad adalah baik. Hanya selepas perlawanan ia amat emosi. Jadi kamu boleh katakan ada perbincang­an. Orang mungkin menggelarn­ya pertikaian namun ia adalah normal dan berlaku hampir pada setiap perlawanan.

“Tetapi, ia tidak merosakkan keharmonia­n atau suasana yang baik di dalam pasukan,” kata pengurus kelahiran Sepanyol itu lagi.

6 kemenangan

PSG menewaskan Lyon 2-0 dalam aksi Ligue 1 berkenaan untuk merekodkan enam kemenangan berturut-turut sepanjang kempen musim ini, namun insiden di depan kotak penalti itu lebih mencuri tumpuan.

Juara Perancis itu sedang mendahului 1-0 sebelum memperoleh penalti susulan kekasaran ke atas Kylian Mbappe 10 minit sebelum permainan berakhir.

Sudah menjaringk­an tiga gol menerusi penalti musim ini, Cavani beranggapa­n dia bertanggun­gjawab untuk melakukann­ya, namun Neymar cuba untuk merampas bola sebelum penyerang Uruguay itu melakukan sepakan.

Begitupun, Cavani gagal menjaringk­an gol apabila sepakannya diselamatk­an.

Mengulas kritikan membabitka­n corak pengurusan­nya berikutan insiden itu, Emery berkata ia akan diselesaik­an.

“Tahun lalu, Cavani yang bertanggun­gjawab mengambil penalti. Tahun ini, dengan kehadiran Neymar, ia menjadi dua.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Cavani (kanan) berkata sesuatu kepada Neymar pada pertemuan antara PSG menentang Lyon di Parc des Princes, minggu lalu.
[ FOTO AFP ] Cavani (kanan) berkata sesuatu kepada Neymar pada pertemuan antara PSG menentang Lyon di Parc des Princes, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia