Berita Harian

Conte kerah kekuatan jumpa Stoke

-

Stoke-on-trent: Antonio Conte jelas kecewa dengan kegagalan Chelsea menewaskan Arsenal minggu lalu, tetapi moral bos skuad The Blues itu kembali meningkat menjelang kunjungan ke Stoke City, hari ini.

Selain penamat spekulasi membabitka­n penyerang, Diego Costa, pengendali kelahiran Itali itu memperoleh berita gembira apabila pemain bintangnya, Eden Hazard tampak sudah kembali ke prestasi terbaik.

Persengket­aan Conte dan Costa terbukti menjadi ‘gangguan’ buat juara Inggeris itu musim ini selepas penyerang Sepanyol itu diberitahu dia tidak berada dalam perancanga­n jangka panjang di Chelsea.

Costa menyisihka­n dirinya dari kelab itu dan menghabisk­an kebanyakan masanya di Brazil dalam usaha untuk kembali ke pangkuan bekas kelabnya, Atletico Madrid.

Chelsea mengesahka­n ‘pembuangan’ Costa semalam, dengan pemain itu secara rasmi akan kembali menyertai Atletico pada Januari.

Hazard yang diturunkan dalam kesebelasa­n utama buat pertama kali musim ini cemerlang ketika membantu Chelsea membelasah Nottingham Forest 5-1, minggu ini.

Barisan utama

Conte mengakui sedar dengan kekuatan dimiliki Stoke dan menegaskan akan beraksi dengan kekuatan penuh dalam usaha merapatkan jurang tiga mata di belakang pendahulu, Manchester City.

“Kini apa yang paling utama ialah persediaan. Ini adalah perlawanan yang amat penting bagi kami,” kata Conte.

“Musim ini, Stoke menang di laman sendiri ketika menentang Arsenal dan seri apabila bertemu Manchester United. Kami perlu bersedia.”

Bertemu Stoke, Chelsea akan kehilangan pertahanan tengah berpengaru­h, David Luiz susulan penggantun­gan, namun tiada kebimbanga­n mengenai Pedro yang terpaksa dikeluarka­n selepas mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu Arsenal.

“Pedro cergas untuk bermain menentang Stoke pada Sabtu ini,” kata Conte.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia