Berita Harian

Gundogan kembali ceriakan Guardiola

-

London: Bintang tengah Manchester City, Ilkay Gundogan mendapat berita gembira apabila ujian perubatan kelmarin mendapati kecederaan di lutut kirinya tidak serius.

Gundogan terpaksa dikeluarka­n selepas sejam perlawanan Piala Liga membabitka­n City dan West Bromwich Albion, akibat menerima terjahan keras Claudio Yacob.

Pemain antarabang­sa Jerman itu diturunkan dalam kesebelasa­n utama buat pertama kali sejak Disember tahun lalu, selepas pulih daripada pembedahan lutut kanannya dan kecederaan itu mencetuska­n kebimbanga­n ia mungkin serius.

Tiada kerosakan

Begitupun, selepas diuji oleh staf perubatan City semalam, tiada sebarang tanda kecederaan besar didedahkan, sebaliknya hanya lebam dan pemain 26 tahun itu boleh kembali beraksi secepat mungkin.

“Terlalu awal untuk memberikan tempoh yang tepat berapa lama dia akan diketepika­n pada tahap ini, namun dia dijangka kembali ke padang latihan dalam tempoh beberapa hari,” kata City dalam satu kenyataan.

Gundogan juga ketika ini bersemanga­t tinggi dan menulis dalam laman Twitter miliknya: “Hi semua, terima kasih atas semua mesej kamu!

“Saya gembira untuk memberitah­u kamu bahawa kecederaan saya tidak serius dan berharap untuk kembali ke padang secepat mungkin!” kecederaan bahagian lutut.

 ??  ?? Gundogan diasak Yacob menyebabka­n
Gundogan diasak Yacob menyebabka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia