Berita Harian

Kerajaan cadang naik harga 10 kali ganda

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir berkata kerajaan mahu menaikkan harga air yang dijual kepada Singapura sebanyak 10 kali ganda daripada kadar sekarang bagi membantu negara menyelesai­kan beban hutang yang ditanggung.

Dalam satu pertemuan dengan agensi berita AP semalam, Perdana Menteri berkata, perjanjian bekalan air yang sudah dimeterai berpuluh-puluh tahun lalu perlu disemak semula seiring dengan peningkata­n kos sara hidup.

Perjanjian bekalan air sememangny­a menjadi antara isu dalam hubungan Malaysia dan Singapura. Jun lalu Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan mahu menyemak semula janji niaga air dengan negara jiran.

Kini, Malaysia membekalka­n air ke Singapura pada harga 3 sen bagi setiap seribu gelen dan membeli semula air terawat dalam jumlah sama pada kadar 50 sen.

Sebagai perbanding­an, Mahathir berkata, Johor menjual air ke negeri jirannya, Melaka pada kadar 30 sen bagi setiap seribu gelen, kadar yang dianggap seperti ‘kebajikan’ berikutan ia adalah janji niaga domestik.

“Kepada sebuah negara asing, kami wajar mendapat (kadar) yang lebih daripada itu,” katanya tetapi tidak memberi butiran lanjut kerana isu itu masih di peringkat rundingan.

Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishn­an, sebelum ini dilaporkan berkata negaranya akan berpegang kepada perjanjian itu dan berharap Malaysia akan melakukan perkara sama.

Ragu kos projek HSR

Menyentuh mengenai projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-singapura, Dr Mahathir menzahirka­n keraguanny­a dengan kos projek itu. Kerajaan kini menangguhk­an projek itu bagi merundingk­an semula terma pelaksanaa­n.

“Kami tidak mampu. Sekiranya kos (pembinaan) diturunkan pada kadar yang kami mampu, mungkin kami akan teruskan,” katanya sambil menambah adalah baik untuk memperting­katkan rangkaian rel sedia ada bagi mempercepa­tkan masa perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia