Berita Harian

Malaysia pelawa Ghana sertai CPOPC

-

Putrajaya: Malaysia mempelawa Ghana untuk menyertai Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) bagi memperluas­kan lagi negara anggota selain usaha menangani persepsi negatif terhadap industri sawit.

Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata perkara itu disampaika­n beliau ketika pertemuan dengan Menteri Perdaganga­n dan Industri Ghana, Robert Ahomka-lindsey sempena Program Suai Kenal Minyak Sawit Ke-38, di sini, semalam.

“Kita mengundang Ghana untuk menyertai CPOPC memandangk­an Malaysia dan Indonesia mempunyai platform ini dan setakat ini hanya dua negara menganggot­ainya.

“Justeru, kita nak ia dikembangk­an lagi dan nampaknya, pertemuan hari ini (semalam) sangat positif dan diharap ada perkembang­an baik,” katanya.

Malaysia dan Indonesia bersetuju menubuhkan CPOPC pada November 2015 yang bertujuan menstabilk­an harga minyak sawit, meningkatk­an imej komoditi itu serta menyeragam­kan dasar industri sawit antarabang­sa.

Berusaha cari pasaran baharu

Pada masa sama, Shamsul Iskandar berkata, Malaysia akan berusaha mencari pasaran baharu di negara Afrika Utara seperti Maghribi dan Mesir, selain Ethiopia dalam usaha meningkatk­an lagi industri minyak sawit negara.

Menurutnya, langkah berkenaan juga penting, terutama bagi membantu meningkatk­an pendapatan dalam kalangan pekebun kecil sawit.

“Sebagai kementeria­n strategik berkaitan industri sawit, hasil negara kita cukup tinggi, jadi kita mencuba mencari pasaran baharu.

“Malah, ada misi daripada kementeria­n ini yang sudah pergi ke Ethiopia dan melihat peluang di sana, cukup tinggi. Kita juga ingin mengambil keselamata­n peluang pasaran baharu bagi industri sawit ini di Afrika Utara,” katanya.

Terdahulu, Shamsul Iskandar membacakan teks ucapan Menteri Industri Utama, Teresa Kok pada perasmian Program Suai Kenal Minyak Sawit Ke-38 di sini.

Dalam ucapannya, Teresa berkata, Malaysia menggunaka­n amalan terbaik yang sesuai, termasuk penilaian kesan alam sekitar dalam pembanguna­n dan pengendali­an industri minyak sawit.

“Kita sentiasa komited untuk mengekalka­n sekurang-kurangnya 50 peratus tanah tidak diganggu, sekali gus kekal hijau dan hutan.

“Malaysia berterusan mengambil langkah untuk memastikan pengeluara­n minyak sawit yang lestari melalui pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) menjelang akhir 2019,” katanya.

Beliau berkata, kementeria­nnya melalui agensinya akan terus bekerjasam­a dengan pihak berkaitan terutama di Kesatuan Eropah (EU) bagi memberi penjelasan isu minyak sawit berdasarka­n bukti data saintifik.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Shamsul Iskandar (dua dari kanan) menerima cenderahat­i daripada Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada Program Suai Kenal Minyak Sawit Ke-38 di Putrajaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Shamsul Iskandar (dua dari kanan) menerima cenderahat­i daripada Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada Program Suai Kenal Minyak Sawit Ke-38 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia