Berita Harian

Jawatankua­sa Siasatan Bebas panggil 17 individu

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Siasatan Bebas sudah memanggil 17 individu berhubung kes gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang.

Menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ketua jabatan itu serta 10 mangsa dan tujuh saksi sudah ditemubual bagi membantu siasatan kes itu.

“Jawatankua­sa itu sudah bermesyuar­at sebanyak dua kali dan kita memanggil mereka yang terbabit untuk membantu siasatan namun saya tidak boleh mendedahka­nnya (lebih lanjut),” katanya selepas merasmikan majlis Persidanga­n Kesihatan Lelaki Pertama di Universiti Malaya di sini, semalam.

Didakwa lakukan gangguan seksual

Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan seorang Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital di Lembah Klang, beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau.

Dalam perkembang­an lain, menjawab mengenai Skim Perlindung­an Kesihatan Nasional, Dr Dzulkefly berkata, kementeria­nnya akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia dan Kementeria­n Kewangan pada Rabu ini berhubung usaha dan pelaksanaa­nnya.

“Tidak ada satu ‘timeline’ yang jelas, tetapi kita sekarang berada di ambang 100 hari dan perkara ini terkandung dalam 10 janji 100 hari Pakatan Harapan, andai Kabinet lulus, kita akan membuat pra-pelancaran­nya.“

“Bagaimanap­un, buat masa ini saya tidak dapat menyatakan butirannya secara terperinci, jadi kita tunggu dan lihat,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata, skim itu berbeza dengan Skim Peduli Sihat yang buat oleh negeri Selangor dan pelaksanaa­nnya adalah lebih menyeluruh.

Jawatankua­sa itu sudah bermesyuar­at sebanyak dua kali dan kita memanggil mereka yang terbabit untuk membantu siasatan” Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia