Berita Harian

‘Saya tak campur urusan parti lain’

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, mencabar pihak yang menuduh beliau mencampuri urusan pemilihan PKR untuk membuktika­n dakwaan terbabit.

Perdana Menteri menegaskan, beliau mengambil pendekatan menjauhkan diri dengan tidak mencampuri urusan dalaman parti lain dalam Pakatan Harapan.

Secara sinis, Dr Mahathir menyifatka­n tuduhan yang dibuat pemimpin tertentu dalam isu berkenaan sebagai satu dakwaan yang sangat ‘baik’.

“Ia memerlukan orang itu (yang membuat dakwaan berkenaan) untuk membuktika­nnya. Saya tidak pernah pun bercakap dengan orang lain mengenai perkara itu.

“Saya menjauhkan diri dan tidak mencampuri hal ehwal dalaman parti lain,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Perdana Putra di sini, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan media berhubung dakwaan kononnya beliau dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin cuba menghalang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada menjadi Perdana Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia