Berita Harian

Teknologi AI diguna pakai dalam Revolusi Perindustr­ian 4.0

-

Kuala Lumpur: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligen­ce (AI) perlu dijadikan sebahagian daripada transforma­si perindustr­ian bergerak menuju era Revolusi Perindustr­ian 4.0.

Kursi London Futurist dan Ketua Delta Wisdom, Dr David Wood, berkata teknologi AI bukan lagi sekadar fantasi di dalam filem, sebaliknya sudah menjadi kenyataan yang boleh diguna pakai dalam Revolusi Industri 4.0.

“Saya menjangkak­an kita mampu mencapai 50 peratus penggunaan teknologi AI menjelang 2050, namun dalam senario tertentu, ia mungkin berlaku lebih cepat kerana teknologi kini bergerak dengan pantas.

“Banyak syarikat hari ini mengambil kesempatan terhadap kemajuan teknologi AI dan mereka sanggup melabur dalam jumlah yang besar sebagai contoh, Microsoft, Facebook dan syarikat dari China seperti Ali Baba,” katanya.

Masalah sosial

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an ucaptama pada Kongres Teknologi, Sains dan Kejurutera­an Dunia (ESTCON) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mengulas lanjut, David berkata, walaupun penggunaan teknologi AI memberi banyak manfaat dan faedah, namun ia tetap mempunyai keburukan terhadap masyarakat.

“Terdapat 30 peratus kemungkina­n kita akan berakhir dalam masa depan yang gelap disebabkan teknologi AI membabitka­n isu kemanusiaa­n dan kemusnahan alam sekitar.

“Kita juga mungkin berdepan masalah sosial yang serius di mana teknologi AI mungkin hanya memberi keuntungan kepada segelintir pihak, manakala sebahagian besar lagi mungkin rasa terpinggir apabila teknologi mula mengambil alih pekerjaan mereka,” katanya.

Justeru, katanya persidanga­n seperti ESTCON 2018 perlu dimanfaatk­an sebaiknya supaya sebarang pencambaha­n idea terutama dalam bidang teknologi dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Saya menjangka kita mampu capai 50 peratus penggunaan teknologi AI menjelang 2050, namun dalam senario tertentu, ia mungkin berlaku lebih cepat kerana teknologi kini bergerak pantas” David Wood, Kursi London Futurist dan Ketua Delta Wisdom

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia