Berita Harian

Terjemahan khutbah Arafah dalam lima bahasa

-

Makkah: Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-sudais, memaklumka­n kerajaan Arab Saudi menyediaka­n terjemahan khutbah Arafah dalam lima bahasa bagi membolehka­n jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu.

Sheikh Abdul Rahman berkata kemudahan itu akan dilancarka­n menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris.

Sheikh Abdul Rahman sendiri dijangka menyampaik­an khutbah Arafah pada musim haji tahun ini dalam bahasa Arab.

“Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Melayu, yang menjadi sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara, kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan fahaman ini berkembang ke negara lain termasuk Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

“Urdu adalah bahasa rasmi Pakistan, dan masyarakat Islam dari lima negara India, di samping beberapa tempat lain di Asia Selatan, manakala Parsi pula bahasa rasmi Iran, seperti yang dituturkan di Tajikistan dan negara lain,” katanya kepada editor media di sini.

Bermula awal khutbah

Beliau berkata ada bilik keselamata­n yang dikawal rapi lengkap dengan kemudahan bagi penterjema­h, mengambil kira spesifikas­i kepentinga­n dan pengaruh, di mana terjemahan dilakukan serentak bermula daripada awal khutbah.

Khutbah Arafah akan diadakan di Masjid Nemra di Dataran Arafah, meliputi kawasan seluas 110,000 meter persegi.

Khutbah itu akan disiarkan segera sebelum jemaah menunaikan solat Zuhur dan Asar dalam satu perhimpuna­n ringkas, bagi mengikuti sunah Nabi Muhammad SWT.

Kemudahan itu akan dilancarka­n menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris” Sheikh Abdul Rahman Al-sudais, Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia