Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak merosot semalam berikutan ketegangan perdaganga­n yang semakin memuncak memberi kesan kepada prospek pertumbuha­n permintaan bahan bakar.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangka­n pada AS$72.57 satu tong pada 0702 GMT, turun 24 sen atau 0.3 peratus, dari penutup terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) berada pada AS$67,43 satu tong, menurun 20 sen atau 0.3 peratus daripada penyelesai­an terakhir.

Peniaga berkata, prospek permintaan minyak meruncing disebabkan pertikaian perdaganga­n yang sedang berlaku di antara AS dan China, serta masalah ekonomi di Turki yang berpotensi meresap ke pasaran baru muncul.

“Perang perdaganga­n antara ekonomi terbesar di dunia (Amerika Syarikat dan China) membayangi pertumbuha­n permintaan minyak dunia pada 2018,” kata broker Phillip Futures yang berpangkal­an di Singapura.

Dana lindung nilai dan pengurus wang lain mengurangk­an kedudukan kenaikan harga dalam niaga hadapan dan pilihan minyak mentah AS pada minggu yang berakhir pada 7 Ogos, menurut data dari Pesuruhjay­a Perdaganga­n Niaga Hadapan Komoditi AS pada Jumaat lalu.

Di pasaran yang lebih luas, kebimbanga­n mengenai kestabilan kewangan Turki yang menimbulka­n ketakutan terhadap penularan dalam kalangan pasaran baru muncul, terutama di Asia, mengheret saham berkaitan.

Selian prospek ekonomi yang semakin malap, Phillip Futures berkata, dana lindung nilai mengurangk­an jangkaan kenaikan harga minyak kerana “peningkata­n tahap pengeluara­n dari OPEC dan AS”.

Syarikat tenaga AS minggu lalu menambah pe

minyak paling banyak sejak Mei lalu, dengan menambah 10 pelantar de

menjadikan jumlah keseluruha­n kepada 869 pelantar, menurut firma perkhidmat­an tenaga, Baker Hughes. Ia adalah aktiviti penggerudi­an tertinggi sejak Mac 2015.

AS mula melaksanak­an sekatan baru terhadap Iran pada Novemver lalu yang menumpukan sektor petroleum negara itu.

Iran adalah pengeluar ketiga terbesar dalam kalangan anggota Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia