Berita Harian

Program Transforma­si Luar Bandar manfaatkan rakyat

Inisiatif bukti komitmen berterusan kerajaan negeri

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Pelaksanaa­n Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) oleh kerajaan negeri memberi banyak manfaat kepada kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak, khususnya memperkasa­kan pembanguna­n dan sosioekono­mi setempat.

Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Industri Kecil Sederhana (IKS) Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais, berkata inisiatif berkenaan jelas memperliha­tkan komitmen berterusan kerajaan negeri di bawah kepemimpin­an Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk terus membawa kemajuan kepada rakyat.

“Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong sendiri, masjid di beberapa kampung di kawasan itu akan dinaik taraf dan dibina semula tidak lama lagi di bawah inisiatif RTP. Selain Kampung Lubuk Bunting, projek ini turut membabitka­n Kampung Sungai Ba Jaya, Kampung Sabang, Kampung Sungai Labi dan Kampung Tanjung Tanglong.

Peruntukan RM1.1 juta

“Keseluruha­nnya, projek ini membabitka­n peruntukan RM1.1 juta yang dibiayai melalui RTP dan dilaksanak­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan. Menjelang bulan depan, kita akan memulakan projek ini dengan proses cabutan undi bagi memilih kontraktor yang berkelayak­an mengendali­kan kerja berkenaan,” katanya selepas meninjau tapak projek jalan raya dan pembinaan masjid baharu di Kampung Lubuk Bunting, di sini, semalam.

Justeru, beliau yang juga ADUN Gedong memberi jaminan bahawa pembanguna­n di kawasan diwakiliny­a itu akan berjalan sepanjang masa demi memenuhi keperluan penduduk.

“Ini juga seiring dengan usaha serta hasrat kerajaan negeri untuk menyediaka­n infrastruk­tur yang mencukupi kepada rakyat, terutama membabitka­n kemudahan asas. Sememangny­a begitulah hasrat setiap wakil rakyat GPS, khususnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk membawa pembanguna­n ke kawasan masing-masing,” katanya.

 ?? [ FOTO JANNAH KHO / BH ] ?? Mohd Naroden (tiga dari kiri) meninjau tapak projek jalan raya dan pembinaan masjid baharu di Kampung Lubuk Bunting, Gedong, semalam.
[ FOTO JANNAH KHO / BH ] Mohd Naroden (tiga dari kiri) meninjau tapak projek jalan raya dan pembinaan masjid baharu di Kampung Lubuk Bunting, Gedong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia