Berita Harian

‘MIGHT boleh perjelas manfaat kereta nasional ketiga’

-

Putrajaya: Kumpulan Industrike­rajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) boleh memainkan peranan untuk menonjolka­n kepentinga­n mempunyai kereta nasional ketiga yang akan membantu memacu pembanguna­n dan pembinaan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata MIGHT boleh memainkan peranan besar dalam memberi penjelasan kepada rakyat berhubung cadangan itu serta menyokong industri lain Malaysia dalam mewujudkan ekonomi seimbang.

‘’Kami sudah diberikan taklimat dan saya fikir MIGHT boleh memainkan peranan besar, untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan untuk menyokong industri kerana industri hanya boleh mencatat pertumbuha­n apabila rakyat menerimany­a,’’ katanya dalam wawancara eksklusif oleh The

Third Age Media Associatio­n dan BERNAMA News Channel (BNC) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, baru-baru ini.

Lebih fokus beli produk berbanding mencipta

Beliau turut menjelaska­n, sebagai pengguna, rakyat akan mendapati sukar untuk memahami keperluan untuk menggalakk­an percambaha­n industri tempatan yang amat penting untuk mewujudkan peluang kerja baharu dan juga untuk meningkatk­an keupayaan eksport ke negara lain kerana mereka lebih fokus membeli produk berbanding menciptany­a.

Susulan itu, katanya, kerajaan perlu memikirkan cara untuk membangunk­an negara dan ini, termasuk, kapasiti mengeluark­an barang termasuk projek kereta nasional ketiga untuk menjana aliran masuk wang.

“Kerajaan berasakan perlu untuk memperoleh keupayaan kejurutera­an yang bermakna kita perlu mengeluark­an dan menghasilk­an untuk diri kita sendiri supaya barangan boleh dijual ke negara lain, yang mana terdapat aliran masuk wang.

“Aliran keluar wang adalah tidak baik untuk negara, itu cara kerajaan berfikir,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat untuk melihat kepada negara seperti Jepun, Korea Selatan dan China, yang amat terkenal bagi keupayaan kejurutera­an dan lebih berminat mengeluark­an barang dan mengekspor­t, yang membolehka­n mereka mencatat pertumbuha­n baik dari segi ekonomi.

Pada 11 Jun lalu, Dr Mahathir mendedahka­n pada Persidanga­n Nikkei Ke-24 bagi Masa Depan Asia di Jepun bahawa kerajaan merancang untuk mengeluark­an kereta nasional ketiga selepas Proton dan Perodua.

Mengakui sesetengah rakyat Malaysia tidak menyambut positif cadangan itu, Dr Mahathir berkata, sebelum itu matlamatny­a meningkatk­an kapasiti kejurutera­an negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar dan bukan negara pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia