MEIO bantu laksana proses rundingan damai Milf-filipina

Permintaan dibuat Manila selepas rundingan terdahulu menemui jalan buntu

Berita Harian - - EKSKLUSIF -

Misi rundingan damai Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina antara penugasan paling berjaya dilakukan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) sejak penubuhannya.

Peranan penting MEIO yang diletakkan dibawah Jabatan Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam proses rundingan itu bermula pada 2001, membuahkan hasil apabila MILF dan Kerajaan Filipina menandatangani perjanjian damai pada 15 Oktober 2012.

Ketua Panel Perdamaian MILF, Mohahger Iqbal, mengakui pada awal urusan rundingan pada 2001, ia membabitkan penugasan fasilitasi dikendalikan Jabatan Penyelidikan JPM, yang ketika itu diketuai Datuk Hasanah Abdul Hamid, kini bekas Ketua Pengarah MEIO.

Proses rundingan damai sejak 2001 hingga 2016

Dalam satu artikel disiarkan oleh Mindanews, iaitu media tempatan di Mindanao pada Julai lalu, Iqbal berkata, sepanjang proses rundingan damai sejak 2001 hingga 2016, semua tugas fasilitasi dan menetapkan fungsi tugas setiap pihak yang terbabit terletak di bawah tanggungjawab jabatan itu.

Malah, katanya, hampir semua pihak pemudahcara Malaysia (Jabatan Penyelidikan) yang dilantik dari 2001 hingga 2016, sama ada dari kalangan ketua jabatan atau pegawai kanan yang pernah berkhidmat di bahagian berkenaan.

Antaranya, Tan Sri Zakaria Abdul Hamid, Tan Sri Othman Abd Razak dan Allahyarham Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed.

Menurut beliau, mungkin satusatunya individu yang bukan dari bahagian itu ialah Penasihat Khas Malaysia, Datuk Kamaruddin Mustapha, yang berkhidmat di Kementerian Luar sebagai duta.

Katanya, Hasanah yang ketika itu diberi peranan sebagai ketua sekretariat rundingan damai pada 2001, berjaya menjalankan tugasnya untuk terus mencari konklusi dua pihak yang berunding.

Hasanah juga menjadi orang penting untuk memaklumkan perkembangan proses rundingan damai berkenaan ke pengetahuan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan mendapatkan sokongan daripada Setiausaha Agung dan ahli-ahli OIC.

Iqbal juga menjelaskan, fasilitasi pihak ketiga oleh Malaysia yang dikendalikan Jabatan Penyelidikan JPM itu dianggap sebagai pembabitan antarabangsa yang paling penting dalam proses damai itu.

Sebelum penugasan itu bermula, katanya, pengganti Presiden Filipina, Joseph Estrada, Gloria Macapagal Arroyo pada mulanya mengadakan kunjungan ke Malaysia pada Februari 2001, meminta Kuala Lumpur bertindak sebagai pemudahcara pihak ketiga.

Permintaan dibuat selepas rundingan terdahulu gagal

Katanya, permintaan itu dibuat Filipina selepas rundingan damai terdahulu terbelangkalai dan menemui jalan buntu biarpun sudah lima presiden silih berganti.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (pada 2001), menyatakan tindak balas positifnya kepada tawaran itu untuk menjadi pemudahcara pihak ketiga, tetapi meletakkan syarat bahawa MILF perlu bersetuju menyambung semula

Antara laporan berkaitan proses rundingan damai Milf-filipina dari 2001 hingga 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.