Berita Harian

Nikmati lelahan coklat cair atas pankek panas

- rozdan@bh.com.my Oleh Rozdan Mazalan

Kebiasaann­ya masyarakat di negara ini gemar mencari makanan ringan untuk hidangan petang khususnya pada hari minggu mahupun cuti umum.

Lazimnya, masingmasi­ng memilih pisang, keledek, cempedak goreng mahupun keropok lekor antara pilihan mudah dan menyelerak­an.

Namun, gaya hidup generasi hari ini lebih gemarkan kelainan termasuk dalam soal makan.

Bagi mereka yang gemarkan makanan manis, elok mencuba Ahmad

Lim Black Pancake, di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur menu transforma­si makanan Melayu apam balik dan disaluti pelbagai jenis coklat lazat berjenama hebat.

Mereka yang melihat lelahan coklat cair yang pekat disapu di atas pankek lembut dalam keadaan panas, pasti menelan air liur melihatnya.

Kerak dibakar garing dan lembut di dalam, membuatkan lapisan coklat meleleh di tepi mulut setiap kali dinikmati.

Keistimewa­an pankek ini dibuat daripada bahan produk jenama terkenal seperti, Nutella, Toblerone, Kinder Bueno, Ovomaltine, Skippy, Cheddar Cheese, Oreo, Cream Cheese Cookies, Crea Milo, dan Sweet Corn & Cheese.

Malah harganya berpatutan bermula dari RM35 hingga RM60. Setiap hidangan boleh dinikmati empat hingga enam orang.

Pelanggan disaran mencuba tiga menu pilihan ramai iaitu, Nutella Cheese dan Cream Cheese Cookies serta Chocoleciu­s yang menggunaka­n tiga campuran bahan utamanya iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat hitam.

 ??  ?? Sajian istimewa Ahmad Lim Black Pancake yang disaluti coklat jenama terkenal.
Sajian istimewa Ahmad Lim Black Pancake yang disaluti coklat jenama terkenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia