Nenek rugi RM7,000 disamun cucu

Berita Harian - - ISU -

Baling: Seorang cucu tergamak menyamun neneknya sendiri ketika warga emas itu bersendirian di rumahnya di Kampung Padang, Kuala Pegang, Kupang dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, 76 kerugian kira-kira RM7,000 apabila rantai emasnya disamun cucunya yang berusia 22 tahun.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf, berkata ketika kejadian mangsa berada di bahagian dapur rumahnya sebelum cucunya menghampiri dan meragut rantai yang dipakainya.

“Mangsa tidak menyangka cucunya ada niat meragut rantai leher kerana tidak terfikir suspek sanggup berbuat demikian.

Mangsa tak cedera

“Warga emas itu tidak cedera dan hanya kehilangan barang kemasnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Shariffuddin berkata, polis menahan suspek di sebuah rumah di Kampung Tandop Baling, kira-kira jam 1 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.