Berita Harian

‘Gadis tong gas’ akhiri zaman bujang

Suami terus sokong tabiat bersenam Nor Syarmimi

- Oleh Nor Amalina Alias cnews@nstp.com.my

Mula-mula ahli keluarga ketawa juga apabila tahu tabiat isteri bersenam guna tong gas, tapi mereka ok sahaja,” kata suami ‘gadis tong gas’, Muhammad Salman Ahmad Ali Oi, 25.

Muhammad Salman selamat diijabkabu­lkan dengan Nor Syarmimi Sallehudin, 25, dengan sekali lafaz di Masjid Mukim Kubang Golok, jam 2.30 petang semalam.

Lebih menarik, tong gas kuning milik Syarmimi digunakan untuk membuat senaman turut menjadi tumpuan tetamu yang menurunkan tanda tangan dan bergambar.

Nor Syarmimi sebelum ini viral kerana mengamalka­n rutin senaman yang unik menggunaka­n tong gas kosong seberat 16.6 kilogram.

Muhamad Salman berkata, beliau akan terus menyokong minat isterinya itu kerana turut meminati senaman angkat berat di gimnasium.

Angkat berat guna teknik betul

“Sebenarnya bagi pengamal kecergasan rutin guna bebanan berat adalah perkara biasa kerana banyak alatan juga berat seperti tayar lori melebihi 20 kilogram, angkat berat dan lain-lain yang perlu menggunaka­n teknik yang betul supaya tidak mendatangk­an mudarat.

“Saya akan terus menyokong minat isteri mungkin selepas ini boleh belajar dengannya,” katanya ketika ditemui dalam majlis perkahwina­n itu di Kampung Kubang Golok, di sini, semalam.

Majlis perkahwina­n dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Sementara itu, Syarmimi berkata, dia bersyukur majlis perkahwina­n semalam berjalan dengan lancar.

 ?? [FOTO NOR AMALINA ALIAS /BH] ?? Nor Syarmimi dan Muhammad Salman bergambar di pelamin dengan tong gas kuning.
[FOTO NOR AMALINA ALIAS /BH] Nor Syarmimi dan Muhammad Salman bergambar di pelamin dengan tong gas kuning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia