Jangkitan virus beguk pada temasya terkawal

Berita Harian - - SUKMA XIX -

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan mengesahkan jangkitan virus beguk membabitkan atlet temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 dalam keadaan terkawal.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata kebanyakan mereka yang mengalami penyakit berjangkit itu dijangka pulih dalam tempoh seminggu.

“Penyakit ini walaupun boleh menjadi satu penyakit yang berjangkit tetapi ini bukan satu penyakit yang serius. Tahap jangkitan virus penyakit itu bermula kira-kira lapan hari sebelum simpton penyakit itu jelas.

“Tempoh kuaratin boleh mengambil masa sehingga 25 hari. Jangkitan penyakit itu masih terkawal,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Saintifik Tahunan Persatuan Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) ke-2, di sini, semalam.

Kelmarin, pasukan boling padang wanita Negeri Sembilan menjadi pasukan kedua menarik diri daripada SUKMA ke-19 akibat jangkitan virus beguk selepas pasukan futsal wanita dan lelaki Sabah berbuat demikian, awal minggu ini. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.