Berita Harian

Aniaya kucing kes ‘sakit jiwa’

-

Ramai marah, sedih dan tak boleh

terima perbuatan lelaki yang ‘panggang’ hidup-hidup seekor kucing betina bunting dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi di Gombak seperti dalam rakaman CCTV yang tersebar, baru-baru ini.

Belalang anggap mereka ‘sakit jiwa’ kerana sanggup menganiaya dan membunuh haiwan comel berkenaan yang dianggap sahabat baik manusia.

Syukurlah perbuatan kejam itu dapat dirakam CCTV sehingga tertangkap sudah dua individu yang ada kaitan dengan kes terbabit dan harapnya mereka dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia