Kaji akta sembunyi kes buli: TPM

Tindakan jika tidak lapor kepada pihak berkuasa

Berita Harian - - ISU - Oleh Nur Aqidah Azizi dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi cnews@nstp.com.my

Kerajaan akan mengkaji untuk mewujudkan akta baharu terhadap pihak yang menyembunyikan kejadian buli, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri ber- kata, menerusi undang-undang itu, pihak yang mengetahui mengenai kejadian buli tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa boleh dikenakan tindakan.

“Semua pihak harus berperanan dan segera melaporkan kejadian buli di sekeliling mereka.

“Jangan ambil sikap sambil lewa kerana kita tidak berkompromi untuk kes buli,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program ‘Malaysia Against Bullies’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson di sini, semalam.

Langkah proaktif

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata semua pihak perlu bersikap proaktif untuk memastikan gejala buli dapat dibendung dan dihapuskan.

“Selain guru, ibu bapa dan rakan sekolah turut bertanggungjawab melaporkan kes buli.

“Kita perlu mendapatkan laporan supaya tindakan sewajarnya boleh diambil,” katanya.

Dr Wan Azizah turut menggesa ibu bapa memantau anak mereka daripada terbabit dengan gejala buli siber atau menjadi mangsa sedemikian.

Katanya, dunia berteknologi moden ketika ini memerlukan ibu bapa seiring dengan keadaan semasa dan mengawasi anak mereka.

Jangan ambil sikap sambil lewa kerana kita tidak berkompromi untuk kes buli” Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri

Wan Azizah bergambar bersama pelajar selepas Program ‘Malaysia Against Bullies’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.