Semua negeri diminta sedia hadapi banjir

Berita Harian - - ISU -

Kota Bharu: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengarahkan semua negeri bersiap sedia bagi menghadapi banjir, memandangkan cuaca ketika ini tidak menentu.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada semua markas tentera berikutan bimbang banjir berlaku secara tiba-tiba.

“Kita bimbang sekiranya banjir berlaku secara tiba-tiba dan persiapan awal adalah penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Kita buat persiapan setakat yang mampu.

Bantu mangsa gempa

“Sekarang ini pun pasukan kita terbabit dalam membantu mangsa gempa bumi di Sulawesi, Indonesia dan kita menghantar beberapa pesawat untuk mengangkut barang makanan dan perubatan dari Jakarta ke Palu.

“Sudah seminggu kita berkhidmat di sana dan pihak kerajaan Indonesia memaklumkan bantuan setakat ini mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Peringkat Kelantan di Hotel Perdana, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.