UMNO nafi ibu pejabat diserbu

Berita Harian - - ISU -

Kuala Lumpur: UMNO menafikan ibu pejabatnya diserbu pihak berkuasa seperti dakwaan bergambar yang tular di media sosial, semalam.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, berkata dakwaan itu serta penyebaran beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial, kononnya ibu pejabat UMNO diserbu oleh tiga agensi penguat kuasa serentak, pagi semalam adalah tidak benar.

Tiada penggeledahan

Beliau berkata, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengadakan sebarang penggeledahan atau serbuan.

“Ia gambar kakitangan mengemas kini fail lama di ibu pejabat (UMNO),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.