Bomba siap sedia hadapi banjir

Berita Harian - - PILIHAN RAYA KECIL -

Port Dickson: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mempersiapkan keanggotaan dan kelengkapan menghadapi kemungkinan banjir pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, hari ini.

Pengarahnya, Norazam Khamis, berkata sebuah bilik gerakan di Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson diaktifkan sejak minggu lalu sebagai langkah persediaan awal.

“Seramai 150 pegawai dan anggota bersiap sedia untuk digerakkan ke lokasi sekiranya berlaku banjir.

Ikuti perkembangan cuaca

“Kami turut mengikuti perkembangan semasa Jabatan Meteorologi memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norazam berkata, antara kawasan berisiko dinaiki air sekiranya hujan lebat berterusan ialah Linggi, Teluk Kemang dan Lukut.

Beliau menasihati pengundi supaya merancang keluar mengundi lebih awal.

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat dan ribut petir di Port Dickson, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.