PAS yakin calon mampu raih sokongan

Letak bekas tentera tarik undi anggota keselamatan di Port Dickson

Berita Harian - - PILIHAN RAYA KECIL - Oleh Mohd Khidir Zakaria dan Helmy Abd Rahman

PAS yakin strategi meletakkan bekas pegawai tentera berpangkat tinggi sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dapat menarik sokongan sebahagian besar anggota tentera dan bekas tentera yang berada di kawasan itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata parti itu juga yakin ahli UMNO, selain masyarakat setempat yang kecewa dengan kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto, akan menyebelahi calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

“Kami letakkan bekas tentera berpangkat tinggi dan pernah bertugas di situ. PAS yakin akan dapat sokongan ahli UMNO dan pengundi yang kecewa selepas PH tak laksanakan janji seperti harga minyak turun serta hapus tol yang mudah dinilai masyarakat,” katanya selepas majlis Diskusi Kesihatan di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, semalam.

Saingan tujuh penjuru

PRK Port Dickson menyaksikan saingan tujuh penjuru antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan calon PAS, Mohd Nazari serta lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Di Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pandangan disuarakan parti itu berhubung isu kelayakan Anwar bertanding, bukan sembah derhaka terhadap Yang di-pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Port Dickson,

Presiden PAS

Katanya, PAS memperakui pengampunan penuh di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-pertuan Agong kepada Anwar.

Bagaimanapun, katanya, PAS mempersoalkan kedudukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dianggap gagal mentafsir kelayakan Anwar bertanding di Port Dickson.

“Saya percaya Seri Paduka bertindak mengikut undang-undang mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Ini bukan soal derhaka, tetapi perundangan. Persoalannya, apakah Anwar menerima pengampunan bebas di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan?

“PAS menyuarakan bantahan isu undang-undang ini kepada SPR. Jika SPR tidak mampu membuat tafsiran jelas berhubung status kelayakan Anwar, SPR perlu merujuk kepada mahkamah sebelum pilihan raya dilaksanakan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PAS di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.