40 tahun penjara, 24 sebatan

Tuduhan merogol, liwat, lakukan sentuhan penganiayaan seksual terhadap anak kandungan

Berita Harian - - MAHKAMAH - Oleh Murni Wan Omar murni@nstp.com.my Kuala Lumpur

Seorang ejen unit amanah dihukum 40 tahun penjara dan 24 sebatan terhadap tuduhan merogol, meliwat, melakukan sentuhan dan penganiayaan seksual terhadap anak kandungannya berusia 16 tahun.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan tertuduh yang berusia 37 tahun untuk mengurangkan hukuman yang sebelum ini dijatuhi oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak.

“Hanya kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Haiwan pun tidak akan buat perbuatan kamu,” kata Azman.

Lelaki terbabit sebelum ini mengaku bersalah di Mahkamah Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Putrajaya terhadap 623 pertuduhan rogol, liwat, sentuhan dan penganiyaan seksual terhadap anaknya.

Semalam, tertuduh merayu terhadap keputusan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Putrajaya itu yang menjatuhkan hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan atas semua pertuduhan.

Hukuman bagi rogol berjalan secara berasingan dengan pertuduhan yang lain.

Sebelum ini tertuduh dijatuhi hukuman penjara 28 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan merogol, manakala bagi tuduhan meliwat, dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan penganiayaan seks daripada 15 tahun kepada 10 tahun manakala bagi kes kesalahan, sentuhan seksual daripada 20 tahun menjadi 10 tahun.

Hukuman sebat setiap kesalah

Dalam keputusannya, Azman berkata setiap hukuman kepada tertuduh mempunyai hukuman sebat bagaimanapun mengikut peraturan penjara, sebat hanya dibenarkan sebanyak 24 kali.

“Berhubung permohonan kamu mahu tuduhan dibacakan semula, mahkamah mendapati pertuduhan itu boleh difahami walaupun tiada peguam. Tidak menjadi kesalahan untuk kamu mengaku salah tanpa kehadiran peguam kerana ini bukan membabitkan hukuman mati.

“Pengakuan salah kamu sendiri mengelakkan anak kamu memberi keterangan dan ia akan mendedahkan apa sebenarnya berlaku seperti dalam setiap pertuduhan. Bertaubatlah. Jika kamu rasa kamu tidak buat, bergantunglah kepada kamu,” katanya.

Beliau berkata, hukuman yang dijatuhi semalam hanyalah berdasarkan apa yang terkandung dalam undang-undang.

“Di hati kecil kamu, hanya kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Hanya kamu yang tahu apa kecederaan yang berlaku pada anak itu.

“Ini satu perbuatan yang boleh saya katakan haiwan pun tidak akan buat. Perbuatan ini hanya antara kamu dan Tuhan sahaja yang tahu,” katanya.

Mengaku bersalah

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Samin, manakala tertuduh diwakili peguam Tiu Foo Woei dan N Rajesh daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)

Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Putrajaya menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah merogol, meliwat dan penganiayaan seksual terhadap anak perempuannya.

Tiu Foo Woei (kiri) dan Rajesh Nagarajan mewakili tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.