Kerajaan fokus kurangkan kadar pengangguran belia

Lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi akan diwujud

Berita Harian - - BISNES - Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Amir Hisyam Rasid

penting dan memang perlu ada satu usaha bersama semua kementerian lain untuk memastikan bahawa isu pengangguran ini dapat ditangani dengan baik.

“Antara perkara yang ingin saya buat ialah untuk mengurangkan kadar pengangguran kepada satu angka. Jika dilihat di negara lain, mereka berjaya melakukannya dan kita juga mesti dapat melaksanakannya dengan lebih baik dari segi mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti untuk orang muda,” katanya.

Punca pengangguran

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pelancaran Pesta Bijak Labur 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Punca utama kenaikan kadar pengangguran belia disumbangkan oleh peningkatan pengangguran graduan yang meningkat kepada 9.6 peratus atau 204,000, mewakili 40.5 peratus daripada keseluruhan kadar pengangguran di Malaysia.

Pekerjaan berkemahiran tinggi untuk graduan baharu, seperti profesional dan separa profesional hanya mewakili 4.1 peratus daripada peluang pekerjaan yang ditawarkan tahun lalu manakala pekerjaan berkemahiran rendah menyumbang kepada 86.3 peratus.

Sasar 20,000 pengunjung

Sementara itu, Ranjit berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran lebih 20,000 pengunjung ke pesta selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Malah SC juga bersetuju untuk mengekalkan program perkhidmatan perancangan kewangan yang mula diperkenalkan tahun lalu iaitu #Finplan4u susulan sambutan memberangsangkan yang diterima.

Pesta itu antara inisiatif SC untuk mendidik masyarakat, terutama golongan belia mengenai kepentingan melabur dari awal.

SC juga memperkenalkan satu permainan interaktif, Jump2invest yang boleh dimuat turun dalam Google Play dan Apple Store.

Ia akan memberi pengetahuan asas mengenai pasaran modal kepada pemain serta membina portfolio pelaburan mereka.

[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH]

Syed Saddiq diiringi Ranjit (dua dari kiri) selepas merasmikan pelancaran Pesta Bijak Labur 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.